Karier kelab Christian Atsu

Porto

Atsu tiba di F.C. Porto ketika berumur 17 tahun. Pada 14 Mei 2011, dia dipanggil oleh pengurus pasukan utama, André Villas-Boas untuk perlawanan divisyen teratas menentang C.S. Marítimo, tetapi tidak beraksi ketika kemenangan 2–0.

Dipinjamkan ke Rio Ave

Seperti rakan sepasukannya Kelvin, Atsu dipinjamkan kepada Rio Ave F.C. untuk musim 2011–12. Dia membuat penampilan sulungnya pada 28 Ogos 2011, ketika kekalahan 0–1 kepada S.C. Olhanense.

Musim 2011-12

Pada 16 Disember 2011, Atsu membuka jaringan di S.L. Benfica pada minit ke-24, tetapi tuan rumah menang 5–1.[2]

Musim 2012-13

Dia kembali ke Porto untuk musim 2012–13, bermain dalam kesebelasan utama dalam sembilan penampilan liga dan Porto menang liga kebangsaan buat kali ketiga berturut-turut.

Chelsea

Pada 1 September 2013, Atsu bersetuju untuk menyertai Chelsea atas kontrak selama lima tahun, dengan yuran perpindahan dilaporkan £3.5 juta.[3]

Pinjam ke Vitesse

Tidak lama selepas itu, dia dipinjamkan kepada kelab Belanda, Vitesse, untuk baki musim 2013-14.[4] Dia bermain 30 perlawanan untuk Vitesse dan menjaringkan 5 gol. Vitesse mengakhiri liga di tempat ke-6 dan layak ke play-off.

Pinjam ke Everton

Pada 13 Ogos 2014, Atsu menyertai Everton secara pinjaman sehingga akhir musim 2014–15.[5] Atsu membuat penampilan pertamanya untuk Toffees masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-81 ketika seri 2-2 dengan Arsenal.

Rujukan

WikiPedia: Christian Atsu http://espnfc.com/blog/_/name/thescoutsnotebook/id... http://www.evertonfc.com/news/archive/2014/08/13/a... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.ghanaweb.com/GhanaHomePage/SportsArchiv... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://m.premierleague.com/en-gb/players/playerpro... http://uk.soccerway.com/players/christian-twasam-a... http://www.foradejogo.net/player.php?player=199201... http://www.portugoal.net/index.php/more-liga-sagre... http://www.vi.nl/spelers/carriere/christian-twasam...